Mr n Mrs Najib

Mr n  Mrs Najib

Khamis, 14 Julai 2011

Petua...Traditional

Menegangkan Kulit Muka
Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Menghaluskan Kulit Muka
Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

Menghaluskan Kulit Badan
Petua 1 : Buah keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun dan digosok ke badan. kulit akan menjadi halus dan dapat membuangkan daki-daki dibadan (skrub)
Petua 2 : Kisarkan dua biji kelapa dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda dengan santan dan hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus.

Menghilangkan Bau Badan
Petua 1 : Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Petua 2 : Ambil beberapa helai daun limau nipis yang masih muda, tumbuklah hingga hancur. Kemudian, gentel-gentelkan kecil-kecil supaya mudah ditelan. Telanlah 3 kali sehari.

Melembutkan Rambut
Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.

Merawat Kulit Berkedut
Petua 1 : Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Petua 2 : Utk mengurangkan garis halus di wajah, ratakan selapis madu pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit. Bersihkan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air (seelok-eloknya air hujan). Jika kulit berminyak, campurkan beberapa titis jus lemon ke dalam madu sebelum disapukan pada wajah.

Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Melembutkan Tapak Tangan
Letakkan ubat gigi sebesar saiz kacang pada tapak tangan anda yang basah. Ratakan sehingga menampakkan buih, kemudian basuh. Anda akan merasakan tapak tangan anda menjadi lebih lembut.

Mewangikan Rambut
Hiris dua biji limau nipis nipis-nipis secara melintang. Kemudian gosokkan ke kulit kepala yang telah dibasahkan. Gosok rata sehingga air limau meresap ke akar rambut. Biarkan beberapa minit sebelum dibilas. Amalkan setiap kali sebelum mandi.

Menghilangkan Parut
Petua 1 : Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.
Petua 2 : Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut.
Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
Petua 3 : Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
Petua 4 : Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.
Petua 5 : Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.
Petua 6 : Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

Melebatkan Rambut
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering.
Amalkan dua kali seminggu.

Menghilangkan Kelemumur
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala. Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

Menghaluskan Kulit Kaki dan Tangan
Setiap pagi atau malam, sapulah minyak kelapa di kaki atau tangan. Biarkan selama 20 minit.Selepas itu, digosokkan dengan hampas kelapa. Kemudian basuhkan dengan air panas suam, lapkan dengan tuala. hasilnya pasti memuaskan.

Mengatasi Pecah Pada Jari
Bagi mengatasi masalah pecah-pecah pada jari tangan atau kaki, bancuhlah sedikit garam bersama santan kelapa. Apabila sebati, sapukan pada bahagian jari yang pecah-pecah. Amalkan selalu dan lihat hasilnya.

Menanggalkan Daki Pada Badan
Amalkan menggosok hampas kelapa pada keseluruhan badan untuk menanggalkan daki dan sisa kotoran terutama sekali di bawah ketiak, leher dan di pangkal paha. Untuk kaki yang kasar dan pecah, hampas kelapa perlu dibungkus dan gosokkan tumit ke atasnya.

Menghilangkan Cagu
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

Awet Muda
Petua 1 : Amalan memakan ulam-ulam yang segar dan buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan kesihatan dan akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Amalkan memakan ulam pegaga selama beberapa minggu dan anda akan lihat hasilnya. Ianya juga memberi kesan yang baik kepada kesihatan dalaman anda.
Petua 2 : Ambil 2 helai pucuk betik, 2 inci kunyit hidup, 2 inci lempoyang, 2 inci isi cekor dan satu cawan air masak. Bahan2 ini dikisar lumat dan ditapis. Minum ramuan ini setiap hari. Hasilnya wajah anda lebih bersih, berseri dan kulit cantik.

Mengelak Keguguran Rambut
Petua 1 : Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu.
anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.
Petua 2 : Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kuit kepala seeloknya pada waktu malam. Amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.
Petua 3 : Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

Menghilangkan Parut Campak ( Chiken Pox )
Petua 1 : Pada tanda yang berlubang, sapukan kulit pisang (bahagian dalam ) dimana lendir pada kulit pisang tersebut boleh menyembuhkannya. Cuba hari-hari selepas cacar tersebut kering. Manakala pada tanda hitam , kisar kacang hijau sehingga jadi debu dan sapukan pada bahagian tersebut seperti bedak.
Petua 2 : Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

Menghilangkan Ketuat
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

Meluruskan Rambut
Petua 1 : Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya.Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.
Petua 2 : Basuh rambut anda dengan air nanas yang manis. Peram air nanas itu semalaman. Selepas itu lumurkan ke atas kepala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian basuh dengan syampu sehingga bersih.

Bibir Sentiasa Berseri
Ambil 1/3 cawan air kunyit hidup, 1/3 cawan santan kelapa yang pekat dan sedikit garam. Campurkan semua ramuan tersebut dan kacau rata-rata, minumlah setiap pagi. Dalam masa yang singkat, anda dapat melihat hasilnya.

Mengatasi Tumit Pecah dan Merekah
Petua 1 : Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning. Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya. Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit. Amalkan selalu utk mendapat kesan yang memuaskan.
Petua 2 : Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam.Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.
Petua 3 : Gosokkan tumit kaki yg merekah pada permukaan simen yg kasar. Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi. Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, jgn terlalu kasar. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.
Petua 4 : Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

Mencerahkan Ketiak
Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba petua ini. Campur sedikit kapur sireh bersama perahan limau nipis. Sapukan pada ketiak setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

Menghilangkan Bulu Ketiak
Petua 1 : Langkah pertama ialah dengan mencabut bulu ketiak keseluruhannya. Kemudian, ambil ibu kunyit dan celupkan ke dalam kapur sirih dan gosok pada ketiak. Kemudian basuh. dgn cara ini, bulu ketiak akan hilang.
Petua 2 : Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus. Gaul rata dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ia akan berhasil.
Petua 3 : Tumbuk sedikit serbuk lada sulah dan tiga butir kapur barus. Campurkan dengan sedikit minyak kelapa. Sapukan pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lama-kelamaan bulu ketiak akan gugur dengan sendirinya.

Menghilangkan Bau Ketiak
Petua 1 : Ambil hampas teh dan garam halus. Campurkan kedua-dua bahan ini dan sapu pada ketiak. Ia hendaklah dilakukan 2 kali seminggu.
Petua 2 : Rebus lima helai daun sireh dan lima kuntum bunga kenanga. Didihkan airnya tinggal separuh gelas. Tapis dan campur gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
Petua 3 : Rebus beberapa helai daun limau kasturi dengan sedikit air. Tapiskan airnya dan amalkan meminumnya setiap hari.
Petua 4 : Tumbuk daun sireh dengan sedikit tawas hingga lumat. Sapukan pada ketiak. Biarkan beberapa minit sebelum mandi. Bersihkan dengan air sabun dan air biasa. Amalkan dua kali seminggu.

Mengilat Kuku Kaki
Petua 1 : Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokkan pada kuku kaki sehingga kelihatan berkilat. Buat sekerap yang anda mahu.
Petua 2 : Ambil belimbing besi dan gosokkan pada kuku kaki supaya kembali bersih dan berkilat.

Melembapkan Muka
Ambil beberapa kelopak kobis, tumbuk hingga lumat. Kobis tadi dicampurkan dengan madu. Tempekkan pada muka. Amalkan selama seminggu dan anda akan merasakan perbezaan pada kulit anda. Kulit anda akan menjadi lebih lembut dan masalah kulit kering akan diatasi.

Menguatkan Akar Rambut
Parut lobak merah dan perah airnya. Air perahannya digunakan untuk mendinginkan kulit kepala. Caranya basahkan kepala dengan air lobak merah dan urut perlahan-lahan. Amalkan selalu bagi menguatkan akar rambut.

Menghilangkan Bintik Hitam
Petua 1 : Sapukan ubat gigi pada kawasan bintik hitam pada wajah anda sebelum masuk tidur. Warna bintik-bintik hitam akan beransur pudar dan menjernihkan wajah anda sekaligus.
Petua 2 : Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan 2 kali seminggu.

Melebatkan Bulu Kening
Petua 1: Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk lumat. Sapukan pada kening setiap malam sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Petua 2 : Ambil batang pucuk paku. Ramas sehingga keluar lendir. Sapukan lendir tersebut pada bulu kening. Amalkan selalu.

Mengelak Kuku Panjang Patah
Kuku panjang memang mudah patah. Ambil beberapa biji bawang putih, dipotong dua. Benamkan pada kuku. Amalkan selalu. kuku akan menjadi kuat dan berseri.

Mengurangkan Bintik Putih
Petua 1 : Ambil beberapa biji badam dan campurkan dengan kulit oren. Kisar bahan itu hingga lumat. Kemudian, ambil sedikit bahan ini dan campurkan dengan sedikit air. Gosoklah ke muka anda dan di tempat-tempat yang ada bintik putih. jika rajin mengamalkannya, bintik2 putih di muka akan berkurangan.
Petua 2 : Ambil beras pulut dan cuci bersih. Toskan sehingga kering airnya. Kisar beras pulut tersebut dan diayak halus. Gunakan beras ini utk mencuci muka. Basahkan muka dan gosok beras ini pada kulit perlahan2 selama 5 minit. Cuci hingga bersih. wajah akan lebih halus, licin dan tiada lagi bintik2 putih.

Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

Menghilangkan Bau Mulut
Petua 1 : Ambil 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Kemudian kedua-duanya ditumbuk lumat. Gosok pada gigi dan berkumur. Lakukan 3 hari sekali, baunya akan hilang dan ia mengeluarkan bau yang harum.
Petua 2 : Amalkan makan hampas kelapa yang sudah digoreng tanpa minyak dan minum air suam. Makanlah setiap pagi dan malam selama 3 hari atau 3 hari sekali.

Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. kulit akan cerah, licin dan harum.

Mengelak Kulit Bersisik
Ambil segelas air kelapa muda, dua sudu air limau kasturi dan suku gelas madu lebah. Campurkan bahan ini dan panaskan seketika tetapi jgn sampai mendidih kerana ia akan merosakkan khasiatnya. Minum 2 kali sehari dan amalkan sehingga kulit bersisik tadi menggelupas.

Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan .

Mencantikkan Kulit Muka
Petua 1 : Sapukan putih telur ke muka anda dan biarkan selama 10 minit. Cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
Petua 2 : Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih. Lakukan sekali sehari, kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.
Petua 3 : Amalkan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka anda, 10 minit kemudian cucilah dengan air bersih.

Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari.

Rambut Berbuah Dan Bercabang
Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas.

Menyegarkan Mata
Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata
Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir
Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang berasa sangat malu dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas bibir ini terlalu lebat kan. Jangan risau, cubalah petua yang saya beri ini berkesan kerana saya sendiri telah mencubanya dan ternyata berkesan dan kulit kelihatan lebih menarik. Caranya :Perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir. Selamat mencuba

Menaikkan Seri Muka
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

Mencantikkan Betis
Ambil minyak kelapa dan sapukan pada betis setiap hari. Selang 2-3 hari, urut pula dengan menggunakan hampas kelapa. betis anda sentiasa cantik.

Merawat Panau
Petua 1 : Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.
Petua 2 : Gosoklah panau dengan belerang mancis api terutama pada waktu tengahari. Kemudian ketika mandi, gosok pula dengan air limau nipis. panau tersebut akan cepat hilang.

Mencantikkan Kuku Tangan dan Kaki
Letakkan 5-10 asam keping dan garam halus ke dalam sebesen air suam. Biarkan selama 15 minit. Kemudian, rendam tangan atau kaki anda ke dalamnya selama 20-30 minit . Amalkan sebelum anda masuk tidur.

Mengatasi Bulu Roma Lebat
Jika anda mengalami masalah bulu roma yang lebat tentu anda risau dan tidak selesa, terutama bagi kaum wanita. Untuk mengatasi masalah ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis, campurkan dengan sedikit gula pasir, kacau hingga sebati. Setelah itu sapukan pada badan yang ditumbuhi oleh bulu roma itu, biar kering di badan selama setengah j am setelah itu barulah dicuci. Lakukan cara ini sekali sehari. bulu roma anda akan gugur

Memerahkan Bibir
Petua 1 : Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.
Petua 2 : Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam. Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah.

Memutih dan Mengilatkan Gigi
Petua 1 : Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan gigi anda putih berkilat.
Petua 2 : Goreng biji asam jawa tanpa minyak. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosoklah pada gigi. Amalkan selalu.
Petua 3 : Tumbuk kayu arang sehingga halus dan gosokkan pada gigi.
Petua 4 : Ambil 7 biji pinang yang telah kering kulitnya. Bakar pinang sehingga hangus dan hitam. Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk. Gunakan serbuk tersebut untuk mencuci gigi. Amalkan petua ini 3 kali seminggu.

Menghilangkan Jerawat
Petua 1 : Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian
ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 2 : Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit ,
kemudian basuh dengan air biasa. muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 3 : Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat jerawat. jerawat akan beransur hilang.
Petua 4 : Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Didihkan kemudian lekatkan ke jerawat.
Petua 5 : Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 6 : Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
Petua 7 : Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
Petua 8 : Campurkan putih telur (ayam lampung) bersama satu sudu tepung jagung dan minyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Ia elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan 2 kali seminggu.
Petua 9 : Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.

Menghilangkan Bekas Jerawat
Petua 1 : Ambil sepotong ubi kayu. Kupas kulitnya. Buang kulitnya. Bersihkan. Parutkan. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka anda yang ada bekas jerawat. Lakukan setiap hari selama seminggu. kesannya memuaskan.
Petua 2 : Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat. Amalkan selama seminggu.
Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 4 : Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka anda setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.
Petua 5 : Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam.
Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu.
Petua 7 : Kisar timun dan tapis airnya.Tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.

Mengempiskan Perut
Petua 1 : Cara mudah yang biasa di lakukan ialah dengan hanya mengambil beberapa biji limau kasturi dan sedikit kapur makan. Perah jus limau kasturi tersebut dan gaul bersama dengan kapur makan tadi. Sapukan pada perut anda yang buncit untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. perut anda akan kempis jika rajin mengamalkannya.
Petua 2 : Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba
Petua 3 : Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.
Petua 4 : Ambil segenggam cekur, tepung beras, asam dan gula merah secukupnya, gula pasir dan garam. Semua bahan itu ditumbuk halus, kemudian masukkan air sebanyak setengah gelas. Air tersebut ditapis dan diminum. Amalkan ia selama 4 hari berturut-turut.
Petua 5 : Ambil beberapa biji buah delima. Kupas kulitnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan ia dengan sedikit garam. Air rebusan kulit buah delima ini hendaklah diminum selalu bagi mengempiskan perut.

Menurunkan Berat Badan
Petua 1 : Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun
Petua 2 : Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
Petua 3 : Cuci dua helai daun betik tua dengan air suam sehingga bersih. Selepas itu potong kecil-kecil selebar dua jari dan masukkan ke dalam mesin pengisar bersama air asam jawa secukupnya dan secubit garam. Kisar hingga lumat. Tapis dan ambil airnya. Minum 3 kali sehari sebelum mengamalkannya setiap hari selama seminggu.

Membuang Lemak Badan
Petua 1 : Sekiranya anda mengalami masalah lebihan lemah, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 - 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Petua 2 : Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

Melangsingkan Tubuh
Petua 1 : Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.
Petua 2 : Hiriskan sedikit halia dan campurkan dengan segelas air suam. Biarkan seketika. Amalkan minum pada setiap pagi.
Petua 3 : Rebus pucuk betik hingga tinggal setengah cawan airnya. Amalkan meminumnya 2 kali sehari.
Petua 4: Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus. Campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis. Minum air ini sebelum tidur dan amalkan selama sebulan.

Menghilangkan Jeragat
Ambil sedikit kunyit hidup, sedikit tepung ubi, sebiji telur (ambil putih saja) dan 1/2 biji limau purut atau limau nipis. Tumbuk lumat kunyit hidup , kemudian campurkan dgn tepung ubi dan putih telur. Kacau sehingga sebati bersama perahan air limau. Sapukan pad kulit muka selama 20 minit sebelum mandi. Petua ini bukan saja dapat menghilangkan jeragat malah dapat melicin dan menegangkan kulit muka.

Menghilangkan Lebam Mata
Petua 1 : Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.
Petua 2 : Sapukan bahagian lebam itu dengan air perahan limau nipis. Lakukan beberapa kali.

Mengilat Dan Menghitamkan Rambut
Petua 1 : Ambil segenggam kelapa yang baru diparut (yang bersih). Ketika mandi, kelapa itu hendaklah digosok rata-rata pada bahagian rambut, dijadikan seperti syampu setiap hari ketika mandi. Nescaya rambut anda menjadi hitam berkilat.
Petua 2 : Ambil daun ati-ati dan tumbuk jadikan air. Sapukan pada rambut, kemudian basuh dan bilas supaya hitam berkilat.

Menghitamkan Uban
Masalah uban turut dialami oleh mereka yang masih muda. Untuk menghitamkan uban, ambil segenggam daun kari. Tumbuk hingga lumat. Kemudian, gaulkan dalam santan pekat. Rebuskan hingga menjadi minyak. Selepas itu disapu pada rambut setiap hari.

Tangan Gebu dan Licin
Ambil sedikit garam dan perahan limau kasturi, gosoklah pada tangan.

Selasa, 12 Julai 2011

Cium Anak dapat PAHALA

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."

Wallahualam

Selasa, 5 Julai 2011

Doa Murah Rezeki...InsyaAllah

"Ya Allah! Jika rezekiku masih di atas langit turunkanlah.
Jika masih ada di dalam bumi keluarkanlah.
Jika sedikit banyakkanlah.
Jika sukar mudahkanlah.
Jika haram sucikanlah.
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu.
Limpahkanlah kepada kami segala
yang telah engkau limpahkan kepada
hamba-hambamu yang soleh”.
-Amin-